Allah tahu kita belum bersedia...
Friday, January 15, 2016
Assalamualaikum...
Selamat pagi! Mungkin ada yang merasa kecewa atau sedih tengok kawan-kawan sebaya ramai yang dah mendirikan rumah tangga. Ada pulak yang sudah beranak dua, tiga dan seterusnya.
Mungkin ada setengah pihak yang memahami dan ada pula yang bergurau tetapi boleh menyebabkan seseorang berkecil hati apabila ditanya berkaitan soal kahwin mahupun bila nak menimang cahaya mata.
Soal jodoh, ajal maut mahupun rezeki sudah ditentukan oleh Allah cumanya dengan siapa kita berkahwin, bagaimana cara kita meninggal dunia mahupun bentuk rezeki yang kita terima itu bergantung atas usaha masing2.
Jika kita berdoa, usaha, istiqamah dan bertawakal kepada Allah inshaAllah segala yang baik itu akan datang kepada kita namun ingatlah ujian Allah itu datang dalam macam-macam cara ;').
Jika kita berdoa, usaha, istiqamah dan bertawakal kepada Allah inshaAllah segala yang baik itu akan datang kepada kita namun ingatlah ujian Allah itu datang dalam macam-macam cara ;').
Mungkin kita diuji dengan kesusahan mahupun kesenangan? Hanya Allah sahaja yang tahu tapi kita sebagai khalifah mestilah sentiasa bergantung harap kepada Allah. :)
Soal jodoh pula, ramai yang tertanya-tanya siapa calon aku dan bila nak melangsungkan majlisnya? Aku hanya mampu menjawab, bila sampai jodoh, sampailah kad kahwinnya ye... Hehe
Dulu memang terasa hati dan jeles tengok masing-masing sudah berumah tangga tapi bila fikir balik cabaran mendirikan rumah tangga bukannya kecil dan majlis memakai pakaian cantik dan kelihatan bahagia itu hanyalah sehari tu je... Ujian yang datang selepas itu kita tak tahu.
Tengok sajalah banyak kes yang tidak diingini yang berlaku dalam rumah tangga. Makanya dari situ aku mula belajar dan positifkan diri mungkin Allah tahu aku belum bersedia untuk semua ini.
Dalam masa yang sama aku cuba belajar tanam sifat tolak ansur tidak kira dengan sesiapa sahaja untuk melatih diri supaya sabar dengan apa sahaja ujian yang mendatang. Ingat, perbaiki diri dan dalam masa yang sama usaha dapatkan jodoh yang terbaik, inshaAllah. Baru fair kan?

So, apa yang aku harapkan kita semua dipertemukan dengan jodoh dan mendapat zuriat yang baik2.. Jangan pernah berhenti berdoa ye kawan-kawan. ;)
Walaupun aku ni jenis mesra orangnya, tapi aku ni pemalu tau kalau bab-bab nak menyatakan hasrat di hati... Makanya hanya mampu berdoa je..hehe
Walaupun aku ni jenis mesra orangnya, tapi aku ni pemalu tau kalau bab-bab nak menyatakan hasrat di hati... Makanya hanya mampu berdoa je..hehe
Tapi kawan jelah macam biasa dengan semua orang kan sambil-sambil nak kenal hati budi masing-masing la katakan.. Hewhew.. Sekian sahaja sedikit perkongsian daripada aku... Bukan apa, post ni peringatan buat diri ini juga.. :)
3 comments
Nanti jangan lupa jemput kita ye (^_^)
ReplyDeleteHeee~
Deletemga dipermudahkan
ReplyDeleteKomen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda