Cara kira Fidyah dan Berapa hari ganti puasa!

Sunday, July 12, 2015

Assalamualaikum...

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.



Sebenarnya aku nak share apa yang aku dah belajar... Mungkin ramai yang kat luar sana kurang tahu macam mana nak bayar fidyah dan berapa hari nak ganti puasa kan?

Perlu diingatkan GANTI PUASA sebab uzur atau sama waktu dengannya bukan dengan sengaja ok! *wallahualam.. 

MACAM MANA NAK KIRA BERAPA HARI NAK GANTI KALAU DAH BANYAK SANGAT??


Daripada apa yang aku belajar, kiraan dia macam ni, aku bagi contoh sikit senang nak kira ok ;)

Kita ambil contoh seorang kaum Hawa start period (datang bulan) pada umur 12 tahun dan umur dia pada tahun ini lebih kurang 35 tahun ok..

So,

35 tahun - 12 tahun = 23 tahun dia dah baligh dan diwajibkan puasa ke atasnya

So kiraan purata perempuan period adalah 7 hari, jadinya dalam bulan puasa setiap tahun dia tak puasa 7 hari; Jumlah hari yang perlu diganti ialah:

23 tahun X 7 hari = 161 hari perlu diganti 

Yang ni tidak termasuk uzur sebab nifas atau apa2 perkara yang membatalkan puasa tau..hehe yang tu kena tambah lain plak..

Jadi perlulah berpuasa 161 hari dan lebih... Tidak boleh kurang... Sebab kita ambil purata uzur 7 hari...kalau lebih? Hehe 


Jom tengok cara nak kira berapa jumlah fidyah yang perlu dibayar:


2. Masukkan jumlah hari yang perlu diganti macam gambar bawah ni



3. Boleh bayar di kaunter zakat atau beli dalam bentuk beras untuk diinfakkan kepada fakir, miskin dan asnaf.. 

Cara nak kira berapa kg beras plak boleh tengok sini:

1 cupak beras= 675 gram
116 hari X 675 gram = 78.3 kg beras
Lepas tu pandai2 la kira sendiri eyk..huhu... Kalau tak pasti, boleh rujuk pada kaunter zakat okayh ;) ni aku just apply kan apa yang aku belajar..hehe hope membantu


Dulu aku belajar fidyah akan digandakan kalau ditangguh2 sampai ramadhan yang berikut2 nya, tapi terdapat fatwa yang menyatakan TIDAK PERLU GANDAKAN FIDYAH.. Boleh rujuk sumber ini >> FATWA HUKUM GANDAAN FIDYAH DAN KIFARAH


Semoga entry ini sedikit sebanyak membantu kita semua, jika ada kekurangan dalam entry ini, silakan beri tunjuk ajar di ruangan komen ok ;) selamat beramal dan mengejar malam lailatul qadar!




Malam Lailatul Qadar..Bagaimana dengan perempuan uzur? melepas?? alahai kesian...tak mengapa sebenar nya... Sambung baca>> Malam Lailatul Qadar 


9 comments

  1. Terima kasih atas perkongsian.. Sekarang ena dah jelas mengenai fidyah ni..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah nice sharing ni untuk rujukan bersama..

    ReplyDelete
  3. Bagus perkongsian ini dik shiqin...at least kak julia boleh tambah ilmu ttg ini.

    ReplyDelete
  4. Gud sharing dear ! :)

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian :)
    Saya dulu pegi je kaunter bgtau brapa hari tggl lps tu diaorg kirakan hihi..

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda