Kisah sedih anak kecil di Syria...

Saturday, January 18, 2014

Assalamualaikum..


Sedar tak kita dengan kesusahan orang lain? Jom kita tengok kisah anak Syria yang diuji oleh Allah walaupun masih kecil.... 






Semasa pengagihan sumbangan tadi, dapat berkenalan dengan seorang adik comel yg bernama Sundus Khaled Syawarneh yg berumur 11 tahun.

Adik ini menceritakan peristiwa yang berlaku pd 12/12/13 kampungnya, Jasim di Mantiqah Dar'a, Syria.


Katanya adik ini,
"ketika kami sedang belajar di sekolah, kami terdengan letupan bom. Suasana menjadi kelam kabut disebabkan bom bertalu-talu menghujani sekitar kampung kami. Aku terus berlari bersama teman-temanku dan keluar mencari tempat perlindungan.

Setelah berada di tempat perlindungan, akhirnya tempat perlindungan kami juga turut sama dihujani bom dan menyebabkan mata aku terkena serpihan kaca.Aku terus lari meninggalkan teman-teman aku yg syahid disana.

Aku lari pulang ke rumah. Apabila aku sampai di rumah, aku terkejut melihat rumah aku hancur dan aku melihat ibu, abang dan 2 orang kakak aku terbaringan dengan anggota badan mereka berteraburan.



Bila mana aku nampak helikopter yg masih menghujani bom, aku menjerit "YA ALLAH HANCURKAN BASYAR!" Selepas itu aku terus menuju ke arah rumah saudaraku, aku dapati semuanya telah hancur cuma tinggal ibu saudaraku seorang.


Aku mendapatkannya dan kami terus berusaha melarikan diri sehingga terjumpa dengan sekumpulan orang-orang Syria yang masih ada. Akhirnya kami dibawa masuk ke Jordan untuk mencari tempat perlindungan.


Di sini, aku telah mendapat keluarga angkat. Sehingga sekarang aku dijaga oleh keluarga angkatku di al-Huson, Jordan. Aku telah diberitahu yg ayahku telah menjadi gila disebabkan terkena hentaman kuat pada kepalanya kesan drpd bom dan selepas itu ayahku hilang tanpa diketahui samada masih hidup atau syahid."


*Ya Allah sayup hati aku ini mendengar kisah adik ini. Dia menceritakan pengalaman pahit yang menimpa dirinya dan keluarganya sehingga menitis air mata. Semua yg mendengar cerita adik ini turut sama sedih dan bergelinangan air mata. Cukup besar ujian yg dihadapi oleh adik kecil ini.

Sekarang mata kiri adik ini dah tidak berfungsi. Semoga adik ini terus kuat untuk menghadapi kehidupan dan menjadi mujahidah pembela agama.



SUMBER-instagram NurhelizaHelmi


p/s: doa adalah senjata umat Islam palig kuat insyaAllah...di samping berusaha....yang kita mampu sekarang hanya berdoa semoga seluruh umat Islam dipelihara oleh Allah... =)


0 comments

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda