Isteri pangkat tinggi dari suami??....
Wednesday, October 26, 2011Assalamualaikum semua...huhu, sebenarnya aku bukan nak cakap tak bagus kalau isteri pangkat tinggi dari suami...hehhe, tapi aku rasa kebanyakan orang dah faham lagi2 yang dah berkahwin ni....
Terdapat keburukan yang mungkin tak dapat dielakkan:
-suami bakal jadi "house husband" la nampaknya kan...sebab?? isteri dah gaji tinggi dah boleh support family semua...jadi, suami duk umah je la...buat kerja part time je boleh....full time jadik bibik kat umah.... =p
-isteri dah bagi makan, tanggung hampir semua perkara kat rumah tu....jadi, kemungkinan isteri nak TINGGIKAN suara kat suami tu macam tak boleh nak elak dah....alasan isteri " saya dah tanggung kita semua anak beranak! Awak ikut jelah apa saya suruh buat!! " ish3...[dahhhh tak cium bau syurga dah......=I.]
Kesimpulannya, bagi lelaki, kalau nak nikah dengan seseorang tu siap2 lah dari segi wang, zahir dan batinnya...janganlah kahwin atas dasar cinta semata-mata....bagi perempuan pula, janganlah terpukau dengan kata-kata lelaki dan bertindak melulu....FIKIRLAH masa depan bakal rumahtangga anda OK....jangan nanti dah beranak pinak mulalah menyesal tak tentu hala..... ;)
p/s: Dulu cakap wang tak menjamin kebahagiaan....Tapi sekarang, tanpa wang, siapalah kita.....Kerana itulah jangan putus2 bermohon dengan Allah agar kita sentisa dimurahkan rezeki dan mendapat kebahagiaan hidup.[bacalah selalu lepas solat, huhu, yang tak solat??? jangan tanya aku lah yeee].... *wink2
2 comments
Salam,
ReplyDeleteTak semua perempuan yg pangkat tinggi itu begitu sifatnya. Tak adil untuk kita menghukum sebegitu. Ramai juga perempuan yang berpangkat tinggi yang sanggup bergolok gadai menjaga keluarga dari segi kewangan, makan minum pakai dan jaga anak-anak serta suami termasuk mertua dan ibubapa sendiri, tapi masih tidak dihargai si suami. Malah di sepak terajang, di maki hamun, di ungkit itu dan ini kerana merasa tidak puas hati @ ego disebabkan isteri berpangkat tinggi dan si suami merasa tercabar. Kewangan bukanlah satu alasan. Tapi keegoan kadang kala bukan terletak pada yang berpangkat sahaja, ia juga tergapat pada yamg tidak berpangkat. Cara luahan juga kadang kala berbeza. Apa yang kita fikir, yang berpangkat akan memaki hamun, tapi ada masa yang berpangkat juga di maki hamun kerana bagi sesetengah lelaki dengan memperlakukan isteri yang berpangkat dengan keadaan hina seolah2 akan meningkatkan darjat mereka, meskipun ia sebenarnya tidak mengankat darjatnya walau sedikit pun di sisi Allah mahupun sesama manusia.
Manusia ini pelbagai karenahnya. Tidak boleh dihakimi melalui satu sudut sahaja.
Allahu'alam.
I agree with Anonymous...
ReplyDeleteKomen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda