Food review: Steamboat BBQ Murah! Ada kambing golek!

Wednesday, March 25, 2015

Assalamualaikum...

Sebelum memulakan sesi food review, aku bagi details sikit untuk ke D'kayangan Steamboat:


Cita-cita nak jadi model... Model syok sendiri... Haahahah =3



Alamat:
D'Kayangan Steamboat BBQ and Buffet,
Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi 13/33M,
Seksyen 13,40100 Shah Alam,
Selangor


Waktu Operasi:
5pm-2am


Harga: Clean dah campur semua cuma tinggal bayar jer
RM33 (dewasa)
29.80 (Student) sila bawak kad pelajar ye..hehe
RM17 (kanak-kanak atas 5 tahun)



Ok camne harga? Berbaloi lah kan kalau nak compare dengan Seoul Garden kan even kau datang malam pon...kihkih... Tempat lain jangan tanya aku... 


Ok ceritanya semalam kitorang ada housemate gathering *gaya macam ramai je kan... Ramai lah dalam 3 orang... Cikgu aku dulu cakap kalau lebih dari seorang tu ramai...



Lama punya plan nak lepak sama asyik tak jadi... Al maklumlah masing2 jadual tak sama... Masing2 dah besar dan kena urus banyak benda kannn.... *gaya macam dah besaq sangat ja =__=' 


Dan akhirnya plan last minit jugak yang menjadi... Ceritanya berakhir dengan setiap orang lontarkan idea nak makan kat mana and then last2 Mr Google jugak yang membantu... 


Biasalah tu kan soalan paling susah abad ini:
*Nak makan mana?
*Nak makan apa?
*Nak masak apa?
*Nama penuh lecturer korang siapa? #eyhh


Sekian untuk mukadimah kali ini.... Lama tak menaip camtu lah jadinya terpanjang plak jadinya...


Jom zas gambaq plak...



 Aku penggemar daging kambing golek dan sama waktu dengannya.. Benda first aku attack ni lah dia! Sedap bak hang! Kari dia pon...nyummeyh! Patutla jadi pilihan JJCM!



Sebelum meja penuh.... xD



Ni la dua orang housemate kita... Comel2 kan? Muka lapar je semua xD lagi seekor housemate #muezzathecat tinggai umah ...kihkih


Dessert  dia pon memang mengancam! Brape round aku amik tah... Kek dia pon masyaAllah suka sangat aku! ABC buat sendiri tau! Hikss, tapi aku buat pelik je rasa dia xD

Nak buat ais kepal, ais kepal tak jadi... =3

Tempat ambil makanan dia asingkan supaya mudah kalau orang ramai nak ambil makanan... 

Kalau tempat ambil sayur penuh, boleh terjah tempat ambil seafood ke atau mana2 yang korang suka lah..

Tempat dia memang luas dan besar tau! Sebab time cuti sekolah mesti penuh... So kena reserve siap2 okayh and datang awal... 

Tapi alhamdulillah semalam kitorang just walk in pukul 6 dan lepak sampai pukul 10 *pstt limit time 3 jam je tau... Rasa macam ekslusif sebab kitorang duduk dalam ada air-cond... 

Kat luar takde air-cond... And waktu tu tak ramai orang lagi... So act like a boss... Kihkih... Bebas bergerak nak ke mana2 bahagian makanan...



Surau? Jangan risau sebab dalam tu ada surau... Toilet dia pon cantik jer... Hehe , ok sekian sahaja perkongsian foodreview untuk kali ni... Dah lama tak update blog kan... #kbye




Thanx for reading this entry!!

(^_____^)v

Nota kaki: kalau nak tahu lebih boleh terjah entry kat bawah ni ok ;)








7 comments

  1. amboii kemain meriah nye.. teringin pula nak mkan

    ReplyDelete
  2. pernah pegi..ok gak tpt ni.. best :)

    ReplyDelete
  3. dapp.. ramai orang duk promote tempat makan nie .. :")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ramai org pomote tu yg pg tu...mmg best ;)

      Delete
  4. ada kambing sedapnya !! nak nak nakkkkkkkkkk ihihih

    ReplyDelete

Komen yang baik-baik ye ^^, kalau perlukan urgent respond, sila tinggalkan email anda